Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi pemain ketiga dari Malaysia yang tumpas kepada Lakhsya Sen pada tahun ini ketika turun beraksi di Pusingan 32 Terbuka Indonesia.
Kekalahan ini bermakna pemain berusia 25 tahun itu sekali lagi terpaksa pulang awal daripada saingan ini sama seperti apa yang berlaku dalam kejohanan yang disertainya pada minggu lalu.
Permainan berakhir dengan Zii Jia ditundukkan dengan mudah oleh perseorangan lelaki India tersebut secara “straight set” menerusi 21-17 dan 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 33 minit itu di Istora Gelora Bung Karno, Senayan.
Kapal Api Group Indonesia Open 2023
MS – R32
21 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅
17 13 🇲🇾LEE Zii Jia🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2023
Sebelum ini, dua pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao turut tumpas di tangan bekas juara remaja Asia 2016 itu dalam Indonesia Masters dan Terbuka Thailand masing-masing pada tahun ini.
Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan individu ketiga berturut-turut yang menyaksikan pemain No.11 dunia itu tidak dapat mara ke pentas suku akhir.
Untuk makluman, Zii Jia turut pulang awal dalam saingan Terbuka Singapura pada minggu lalu. Ia berpunca daripada tumpas kepada pemain di tangga ke-25 dunia dari China, Weng Hong Yang menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 16-21 dan 21-19.
Sebagai tambahan, Sen yang mara ke peringkat seterusnya bakal bertemu rakan senegaranya, Srikanth Kidambi yang baru sahaja menewaskan wakil China, Lu Guang Zu dengan keputusan “straight set” 21-13 dan 21-19.
Featured Image: Victor