Jacob Cipta Rekod Larian Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas Dunia – 1 Jam 8 Minit 4 Saat
June 14, 2023 Hafizuddin Omar

Pada 29 September 2019, seorang pelari dari Denmark, Abdreas Lommer diakui sebagai Pelari Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas (Lelaki) oleh Guinness World Record selepas mencatatkan masa larian 1 jam 8 minit dan 38 saat dalam acara yang berlangsung di Odense.

Namun begitu, rekod tersebut bakal bertukar tangan dan menjadi milik pelari lain yang juga dari negara Scandinavia iaitu Jacob Simonsen. 

Pelari berusia 28 tahun itu mengambil bahagian dalam acara berjarak 21 kilometer (km) di Aarhus sambil menolak anaknya yang berusia 11 bulan di dalam kereta sorong bayi baru-baru ini berhasil menamatkan larian tersebut dengan catat masa 1 jam 8 minit dan 4 saat – 34 saat lebih pantas daripada rekod yang dipegang oleh Andreas.

View this post on Instagram

A post shared by Personal Best (@pbpersonalbest)

Perkara tersebut dikongsikan oleh platform media sosial milik badan induk olahraga dunia, World Athletics semalam. Bagaimanapun, Jacob perlu menunggu sedikit masa sebelum rekod tersebut diakui secara rasmi oleh pihak Guinness World Record.

Untuk pengetahuan semua, Jacob sememangnya aktif menyertai pelbagai acara larian seperti 10,000 meter (m) termasuk maraton.

Sebagai perbandingan, rekod yang sama, Pelari Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas (Wanita) pula dipegang oleh pelari Amerika Syarikat, Lauren Stroud dengan catatan masa 1 jam 22 minit dan 29 saat dilakukannya pada Vintage Half Marathon pada tahun 2019.

View this post on Instagram

A post shared by Aarhus Motion (@aarhus_motion)

Featured Image: Instagram Jacob Simonsen

Komen