Piala Asia B-17: Jurulatih Yaman Anggap Malaysia Menggerunkan
June 14, 2023 Meor Mohamad Amirul

Pengendali Yaman, Mohammed Hasan Ali Albaadani menganggap Malaysia sebagai lawan yang menggerunkan dan mereka menghormati setiap lawan yang bakal mereka tempuh dalam kejohanan kali ini.

Walaupun begitu, Hasan mahu anak buahnya hadapi lawannya tanpa rasa gentar dengan sasaran untuk mara ke pentas akhir mahu diulangi skuad remaja tanah Arab itu.

“Malaysia adalah pasukan yang menggerunkan dan sedang membangun. Kredit perlu diberikan kepada staf kejurulatihan yang melakukan tugas dengan luar biasa. Walaupun kami menghormati semua pasukan dalam pertandingan ini, kami menghampiri setiap perlawanan tanpa rasa takut. 

Pasukan ini didorong oleh keinginan untuk mencapai matlamat mara ke pentas akhir.” tegas Hasan dalam sesi sidang media menjelang aksi pembukaan Kumpulan A, menurut laman sesawang AFC

Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Osmera Omaro pula teruja kerana Malaysia tergolong dalam 16 pasukan yang bertanding dan beliau mahu skuad kendaliannya membanggakan negara dalam kejohanan ini. 

Pengendali berusia 43 tahun itu tetap optimis dengan kemampuan pasukan dan percaya bahawa Malaysia mampu menamatkan aksi peringkat kumpulan di kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan seterusnya.

Aksi pembukaan Piala Asia B-17 bakal bermula esok dengan Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan A bakal bertemu Yaman di Stadium Thammasat, Bangkok bermula jam 6:00 petang (waktu Malaysia). 

Featured Image: Asian Football Confederation – AFC

Komen