Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Singkir Juara All England 2022
June 14, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil mengelak daripada tergolong dalam kalangan wakil negara yang terkandas awal dalam saingan Terbuka Indonesia 2023.

Seramai 11 wakil mengambil bahagian dalam saingan kali ini dan antara yang telah sah terkandas ialah Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Goh Jin Wei, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, Goh Soon Huat-Shevon Jemie, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See.

Ianya selepas Aaron-Wooi Yik dapat melakar kemenangan ke atas gandingan tuan rumah merangkap juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana pada Pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik mudah mengatasi lawannya dengan mencetak kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-12 dalam tempoh 33 minit permainan.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik ke atas Shohibul-Bagas di pentas antarabangsa.

Kemenangan pada pertemuan pertama itu baru sahaja dilakar Aaron-Wooi Yik dalam saingan Terbuka Singapura yang berlangsung pada minggu lalu.

Sementara itu, dengan kemenangan ini, Aaron-Wooi Yik akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini. Mereka akan menantikan cabaran samada daripada gandingan Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho atau Chinese Taipei, Su Ching Heng dan Ye Hong Wei.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

Komen