Individu ke-28 terkaya di Malaysia bagi tahun 2023 menurut majalah Forbes, Tan Sri Vincent Tan mengesahkan penjualan kelab Belgium, KV Kortrijk kepada Kaminski Group yang dikepalai oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski .
Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang kelab tersebut dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab, semalam.
Dalam pengumuman tersebut, Vincent turut menyampaikan penghargaannya kepada peminat, staf dan komuniti di bandar tersebut yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang kehadirannya di bumi Belgium.
𝗩𝗜𝗡𝗖𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗩𝗘𝗦𝗧𝗜𝗚𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗞𝗢𝗢𝗣 𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗡𝗦𝗞𝗜 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣
Tan Sri Vincent Tan kan, onder voorbehoud van definitieve goedkeuring, de verkoop van zijn aandelen aan de Kaminski Group bevestigen.
📝Lees alles hier⤵️https://t.co/w5SowagXfu pic.twitter.com/2BkbcsVWhb
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) June 14, 2023
Bersama Vincent, Ken Choo selaku Pengarah Urusan turut meninggalkan kelab berjulukan De Kerels tersebut seusai urusniaga penjualan kelab selesai.
Untuk makluman, Maciek Kaminski merupakan ahli perniagaan Amerika Syarikat yang lahir di Poland dan terlibat dalam urusniaga hartanah. Sebelum ini, beliau dilaporkan berminat untuk mendapatkan kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.
Disebalik penjualan KV Kortrijk ini, Vincent yang memiliki nilai bersih AS$695 juta menurut Forbes masih lagi memiliki dua kelab bola sepak di Eropah iaitu kelab Wales yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City dan kelab yang beraksi di Liga Perdana Bosnia & Herzegovina, FK Sarajevo.
Featured Image: Cardiff City FC