Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan iaitu Sunderland AFC mengesahkan telah mencapai kata sepakat bersama Birmingham City untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan England bawah 18 Tahun (B-18), Jobe Bellingham.
Bagaimanapun, yuran perpindahan melibatkan Jobe yang merupakan adik kepada Jude Bellingham tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak. Difahamkan, pemain berusia 17 tahun itu akan menyertai skuad berjulukan Black Cats itu selepas pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan.
Untuk pengetahuan semua, Jobe yang beraksi sebagai pemain tengah menyerang menandatangani kontrak profesionalnya bersama Birmingham City pada musim panas tahun lalu ketika berusia 16 tahun selepas berhasil melakukan debut bersama skuad senior ketika perlawanan menentang Plymouth Argyle dalam saingan Piala FA sekitar Januari 2022.
Ready to make his mark ❤️🤍#SAFC pic.twitter.com/vu49fKSnOv
— Sunderland AFC (@SunderlandAFC) June 14, 2023
Sepanjang musim lalu, Jobe menjadi antara taruhan utama Birmingham City dengan tampil sebanyak 22 kali dalam kancah Liga Kejuaraan serta satu penampilan dalam saingan Piala Liga EFL.
Bersama skuad England B18 pula, Jobe telah berhasil tampil sebanyak lapan kali dengan turut menjaringkan dua gol serta menghasilkan satu bantuan gol (assist).
Menariknya, pengumuman Jobe berpindah daripada Birmingham City menyertai Sunderland AFC dilakukan pada hari sama abangnya, Jude yang berusia 19 tahun berhijrah daripada Borussia Dortmund ke Real Madrid dengan kontrak selama enam musim.
Jobe Bellingham has completed a permanent transfer to Sunderland.
Good luck, Jobe. 👍
— Birmingham City FC (@BCFC) June 14, 2023