Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil memastikan kemaraan ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Indonesia selepas mengatasi gandingan lelaki No.1 Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho pada Pusingan 16, hari ini.
Beregu negara yang menghuni ranking ketiga dunia pada ketika ini berhasil mengatasi lawannya dengan bergaya iaitu secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 dalam tempoh 38 minit permainan di Gelanggang 2, Istora Senayan.
Kapal Api Group Indonesia Open 2023
MD – R16
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇰🇷CHOI Sol Gyu
19 16 🇰🇷KIM Won Ho🕚 in 38 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2023
Kemenangan itu sekaligus menjadikan Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan ketiga berturut-turut ke atas juara Terbuka Jerman 2023 yang menghuni ranking kesembilan dunia di pentas antarabangsa.
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan dua terdahulu dalam saingan Malaysia Masters 2023 dan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020.
Sementara itu, di peringakt suku akhir kelak, Aaron-Wooi Yik akan menantikan cabaran samada daripada beregu China yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi atau gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia