Kempen skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan menuju ke Piala Dunia B-17 bermula dengan langkah kiri apabila dibenam skuad kendalian Hasan Ali Albaadani dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Asia B-17, semalam.
Yaman yang pernah muncul naib juara pada tahun 2002 tampil dengan aksi bertenaga setelah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi Abdul Rahman Alkhadher pada minit ke-21 dan Adel Qasem pada minit ke-31 perlawanan.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Osmera Omaro terus ditekan lawan dari tanah Arab itu menyaksikan mereka terus dibolosi melalui jaringan Anwar Al Turaiqi pada minit ke-48 sebelum pertahanan negara, Adib Ibrahim tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-88 permainan.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇾🇪 Yemen 4️⃣-0️⃣ Malaysia 🇲🇾
An impressive outing in Group A from the West Asian side on their campaign opener!
Match Report 🔗 https://t.co/Uyr4QFizAZ#AFCU17 | #YEMvMAS pic.twitter.com/fjln4Q7ZyE
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 15, 2023
Dalam sidang media selepas kekalahan tersebut, Osmera enggan mengulas panjang berkenaan prestasi yang ditampilkan anak buahnya. Sebaliknya, pengendali berusia 43 tahun itu hanya mengucapkan tahniah kepada pasukan lawan.
“Yaman sebuah pasukan yang bagus. Tahniah buat mereka.” ujar Osmera dalam sidang media selepas perlawanan menentang Yaman, malam tadi.
Malaysia perlu menang dalam perlawanan seterusnya menentang tuan rumah, Thailand pada Ahad, 18 Jun untuk menghidupkan semula peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dan mengejar slot ke Piala Dunia B-17.
Ketika ini, Yaman dan Thailand mendahului carta kedudukan di Kumpulan A selepas kedua-dua negara meraih tiga mata pertama dengan Thailand menundukkan Laos 2-1.
Featured Image: Asian Football Confederation