Gandingan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil mengulangi pencapaian mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Indonesia 2023 sama seperti dilakukannya dalam Terbuka Singapura pada minggu lalu.
Pasangan yang menghuni ranking ketiga dunia ini mengulangi konsistensi tersebut selepas menumbangkan gandingan dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito dalam aksi suku akhir yang bertempat di Istora Gelora Bung Karno, Senayan, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua kejohanan melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 41 minit permainan.
Sebagai rekod, kemenangan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik menyamai rekod kemenangan menjadi 3-3 di pentas antarabangsa bertemu pasangan yang berada di ranking ke-23 dunia terbabit.
Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu samada beregu China merangkap pilihan keenam kejohanan, Liang Wei Keng dan Wang Chang atau beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan untuk merebut slot ke perlawanan akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023