Beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King akhirnya meraih kejuaraan pertama mereka apabila berjaya menewaskan pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah dan Patra Harapan Rindorindo di pentas akhir Cabaran Antarabangsa Nantes.
Selepas menerima “bye” pada Pusingan 16, kemenangan “straight set” dicatatkan gandingan negara tersebut pada Pusingan 32 dan suku akhir menentang Rory Easton-Zach Russ (21-19 & 21-14) dan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (21-19 & 23-21).
Di peringkat separuh akhir, Arif-Roy King telah melunaskan ‘dendam’ di Denmark Masters selepas menewaskan wakil Taiwan, Ming Che Lu dan Tang Kai Wei dengan keputusan 15-21, 21-17 dan 21-16.
RESULTS: #NantesIC2023
FINAL#MAS🇲🇾 Arif Junaidi-Yap Roy King def. #INA🇮🇩 Putra Erwiansyah-Patra Rindorindo 21-16 14-21 21-12
*Champions of Nantes! ArifKing with the breakthrough in their first final together! Congrats on to more, bros 💪#GemilangkanLagi #DemiMalaysia pic.twitter.com/xiBDuOAnXL
— BAM (@BA_Malaysia) June 18, 2023
Beregu muda negara itu mara ke pentas akhir dan mengalahkan gandingan Indonesia, Erwiansyah-Rindorindo dengan keputusan 21-16, 14-21 dan 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 53 minit.
Ini merupakan kejohanan keenam disertai Arif Junaidi dan Yap Roy King sejak mereka bersama dan kejuaraan sulung melibatkan kedua-dua pemain tahun ini.
Sebelum ini, Arif Junaidi pernah berpasangan dengan Wong Vin Sean, Kok Jing Hong dan Muhammad Haikal manakala Yap Roy King pernah bergandingan dengan Nurfirdaus Azman, Yee Jun Chang serta Ooi Jhy Dar.
Bersama Haikal, Arif pernah memenangi Siri Antarabangsa di Ukraine dan Hellas pada 2021. Roy King pula memenangi Siri Antarabangsa Latvia 2021 bersama Nurfirdaus Azman serta menjuarai Cabaran Antarabangsa Remaja di India dan Malaysia bersama Ooi Jhy Dar pada 2019.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia