Medal Sukan Asia Ke-19 Diperkenalkan – Bernama Shan Shui
June 19, 2023 Hafizuddin Omar

Pingat bagi emas, perak dan gangsa yang akan dimenangi oleh para atlet di Sukan Asia 2022 bertempat di Hangzhou, China diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada 15 Jun (Khamis) lalu, kira-kira 100 sebelum bermulanya temasya terbabit.

Menurut laman sesawang rasmi temasya, medal-medal tersebut diberikan nama Shan Shui yang bermaksud tasik dan gunung yang merupakan salah satu elemen teras Sukan Asia. 

Selain itu, medal tersebut turut disertakan dengan sama logo rasmi temasya “Tides Surging”, tiga maskot rasmi yang bernama Congcong, Chenchen, Lianlian serta obor “Eternal Flame”.

Dimaklumkan ianya direka oleh Profesor Zhang Junjie yang merupakan pengarah jabatan rekaan industri Akademi Seni China. Ahli akademik ini mendedahkan rekaan medal-medal ini mengambil inspirasi daripada rekaan jed budaya Liangzhu.

Untuk makluman semua, temasya Sukan Asia 2022 yang sepatutnya berlangsung September tahun lalu namun terpaksa ditunda ke 23 September hingga 8 Oktober kelak ekoran pandemik Covid-19.

Komen