Gandingan campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing lolos ke Pusingan 16 Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 buat kali kedua tahun ini selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lee Feng-Chih dan Sun Wei Peng di Pusingan 32 Terbuka Taipei, hari ini.
Dalam pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu tersebut, beregu negara tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasangan Chinese Taipei itu secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-11 di Arena Tian-Mu selama 21 minit.
Kemenangan tersebut sekaligus menjadi kemaraan kedua Pang Ron-Mei Xing ke Pusingan 16 daripada tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 disertai mereka tahun ini. Mereka turut mara ke Pusingan 16 di Orleans Masters pada April lalu.
YONEX Taipei Open 2023
XD – R32
🇲🇾HOO Pang Ron🏅
21 21 🇲🇾TEOH Mei Xing🏅
Fang-Chih LEE
13 11 SUN Wen Pei🕚 in 21 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 21, 2023
Pasangan yang kini berada di tangga ke-41 dunia itu akan bertemu gandingan Republik Korea, Kim Young Hyuk dan Lee Yu Lim buat kali pertama di peringkat seterusnya.
Untuk makluman, Kim Young-hyuk dan Lee Yu-lim telah menewaskan rakan senegara, Wang Chan dan Shin Seung-chan di Pusingan 32 dengan keputusan “straight set” 21-14 dan 21-15.
Terdahulu, Pang Ron-Mei Xing telah menjuarai Cabaran Antarabangsa Maldives setelah menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Vinson Chiu dan Jennie Gai secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-18.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia