Kejayaan Aidil untuk melepasi peringkat kelayakan ternyata belum cukup untuk dirinya melangkah lebih jauh selepas ditewaskan wakil jepun, Kenta Nishimoto di Pusingan 32 Terbuka Taipei, sebentar tadi.
Terdahulu, Aidil mara ke peringkat undian utama (main draw) selepas menundukkan perseorangan Thailand, Korakrit Laotrakul dengan keputusan 16-21, 22-20 dan 21-13.
Bertemu buat kali pertama, kualiti yang dipamerkan Kenta ternyata boleh diibaratkan bagai langit dan bumi sekaligus mudah menewaskan perseorangan negara berusia 23 tahun itu secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama 33 minit.
YONEX Taipei Open 2023
MS – R32
21 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🥇13 4 🇲🇾Sholeh AIDIL
🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 21, 2023
Bagaimanapun, kekalahan itu boleh dikira membanggakan buat Aidil yang kali terakhir mara ke Pusingan 32 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 pada tahun 2019 di Terbuka Macau.
Untuk makluman, Kenta Nishimoto bakal bertemu wakil Hong Kong, Chan Yin Chak yang turut menewaskan seorang lagi wakil Malaysia, Soong Joo Ven yang turut berakhir dengan keputusan “straight set” 21-16 dan 21-14.
Tiga lagi perseorangan lelaki negara, Yeoh Seng Zoe, Leong Jun Hao dan Cheam June Wei pula berjaya lolos ke Pusingan 16 selepas menewaskan lawan masing-masing.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia