Al-Adalah Kelab Baharu Salah Di Arab Saudi

June 23, 2023
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Adalah mengumumkan mengikat khidmat Mohamed Salah bagi menghadapi musim baharu saingan bola sepak di negara berkenaan.

Akan tetapi, Salah yang diikat oleh kelab yang bakal beraksi dalam divisyen kedua bola sepak Arab Saudi ini bukanlah penyerang bintang Liverpool kelahiran Mesir yang menjaringkan 30 gol serta mencipta 16 “assist” dalam kancah bola sepak England dan eropah sepanjang musim lalu.

Sebaliknya, Salah yang didatangkan oleh Al-Adalah ini merupakan pemain kelahiran Arab Saudi yang beraksi di posisi bek kiri. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh kelab berkenaan menerusi platform media sosialnya, baru-baru ini.

Selain Salah, Al-Adalah turut mengumumkan kedatangan beberapa pemain baharu yang lain seperti Karim Yoda, Hussein Al-Masabi, Kashim Al-Qahtani, Meteb Shrahili, Philipe Maia serta ketua jurulatih baharu, Ante Mise.

Untuk makluman, Al-Adalah menamatkan kempen Liga Pro Saudi musim 2022-23 di tangga ke-15 yakni kedua tercorot sekaligus terpaksa akur terhumban ke saingan Liga Divisyen 1 atau nama komersilnya Liga Yelo bagi musim 2023-24.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd