Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya lolos ke separuh akhir setelah menewaskan wakil tuan rumah, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling-Fang di pusingan suku akhir Terbuka Taipei, sebentar tadi.
Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei menewaskan pasangan Algeria dan Thailand secara “straight set” manakala beregu Chinese Taipei pula berjaya menundukkan dua gandingan senegara untuk lolos ke suku akhir.
Pertemuan sulung kedua-dua beregu tersebut menyaksikan gandingan negara mudah menewaskan pasangan Chinese Taipei dengan keputusan “straight set” 21-15 dan 21-14 dalam perlawanan yang hanya berlangsung selama 31 minit itu.
YONEX Taipei Open 2023
XD – QF
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
YANG Po-Hsuan
15 14 HU Ling Fang🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023
Kemenangan itu bermakna Tang Jie dan Ee Wei mara ke separuh akhir kedua dalam saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 daripada empat kejohanan disertai mereka tahun ini.
Terdahulu, pasangan no.3 negara itu berjaya mara ke separuh akhir dan seterusnya muncul juara di Orleans Masters selepas menewaskan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin pada April lalu bagi kejohanan bertaraf Super 300.
Kemenangan ke atas gandingan tuan rumah itu juga bermaksud mereka akan bertemu sama ada satu lagi pasangan negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing atau lawan mereka di pentas akhir Orleans Masters 2023 yang juga wakil tuan rumah.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia