Salah satu saingan separuh akhir bagi kategori beregu lelaki Terbuka Taipei 2023 bakal menyajikan pertembungan melibatkan dua pasangan dari Malaysia bagi merebut tempat ke perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini.
Menariknya, dua wakil Malaysia tersebut adalah gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi merangkap juara bertahan dan pilihan pertama kejohanan masing-masing.
YONEX Taipei Open 2023
MD – QF
🇲🇾MAN Wei Chong🏅
21 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅
LEE Jhe-Huei
19 19 YANG Po-Hsuan🕚 in 32 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023
Gandingan Wei Chong-Kai Wun yang juga merupakan pilihan kelima mara setelah menumpaskan pasangan tuan rumah yang menghuni ranking ke-20 dunia, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.
Manakala Yew Sin-Ee Yi merangkap pasangan keenam dunia pula mara selepas menyingkirkan gandingan ke-33 dunia, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-19 dan 21-17 dalam tempoh sekitar satu jam.
YONEX Taipei Open 2023
MD – QF
🇲🇾ONG Yew Sin🏅
15 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅
Fang-Chih LEE
21 19 17 Fang-Jen LEE🕚 in 66 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023
Sebagai rekod, pertemuan merebut tiket ke perlawanan akhir Terbuka Taipei 2023 ini bakal menjadi pentas sulung yang menemukan Yew Sin-Ee Yi dan Wei Chong-Kai Wun di kejohanan antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia