Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengharapkan ada individu yang hadir untuk membantu kelab bimbingannya setelah tidak mengalalami sebarang perubahan selama tiga dekad.
Jurulatih dari Croatia ini menyifatkan kelab yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur FA berada di ambang kejayaan dan juga kehancuran kerana tiada siapa yang mahu membantu biarpun berjaya mara ke pentas akhir dalam pelbagai kejohanan domestik dan asia selama tiga tahun berturut-turut.
“Selama 30 tahun, kelab ini tidak melakukan apa-apa. Kelab ini juga pernah berada di liga terbawah, divisyen kedua dan pertama. Kami tiada padang latihan, stadium sendiri, kami tiada dana, kami tiada apa-apa (tetapi) kami berada di pentas akhir tiga tahun berturut-turut.”
“Kami kini berada di ambang kejayaan untuk menjadi sebuah kelab yang hebat ataupun di ambang kejatuhan. Inilah KL City pada ketika ini, saya harap ada seseorang untuk membantu atau kelab ini mungkin akan jatuh.” ujar Bojan dalam sesi sidang media selepas perlawanan separuh akhir Piala FA.
AET : 0-0 (2-4)
FINALSSSSS!
🔴⚪️🔴⚪️🔴⚪️#PialaFA2023 #TERKLC#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/XK70n5Kkqp
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 25, 2023
Pada masa yang sama, pengendali kelahiran Croatia itu gembira dengan karakter yang ditonjolkan para pemainnya ketika menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) dan mengakui pasukannya sentiasa menang apabila melibatkan penentuan sepakan penalti.
Untuk makluman, KL City dan Terengganu yang turut mendapat bimbingan jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner terlebih dahulu terikat tanpa sebarang jaringan selepas beraksi selama 120 minit permainan sebelum ianya dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Dalam penentuan tersebut, pertahanan import dari Australia, Giancarlo Gallifuoco yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir telah menoktahkan kemarau panjang selama 24 tahun ke perlawanan akhir Piala FA buat KL City.
Dalam sidang media itu juga, Bojan mengangkat penjaga gol mudanya, Zaim Al Amin yang berusia 21 tahun selaku pemain terbaik perlawanan serta memuji aksi baiknya dalam empat perlawanan terakhir biarpun status asalnya merupakan penjaga gol ketiga skuad bimbingannya.
Featured Image: Kuala Lumpur City FC