Belum genap sebulan meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Manchester City, pemain tengah merangkap kapten, Ilkay Gundogan disahkan menyertai kelab berpangkalan di Catalonia, FC Barcelona.
Barcelona bimbingan legendanya, Xavi turut mengesahkan pemain tengah Jerman itu menyertai juara La Liga secara percuma setelah kontraknya bersama Manchester City – kelab disertainya selama tujuh tahun – tamat pada 30 Jun nanti.
Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial milik kelab berkenaan. Ianya sekaligus menjawab segala desas-desus melibatkan pemain berusia 32 tahun tersebut akhir-akhir ini.
💙❤ @IlkayGuendogan is CULER! pic.twitter.com/DrbOOIMSLe
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 26, 2023
Kelab yang terkenal dengan jersi Blaugrana ini memaklumkan mengikat Gundogan dengan kontrak selama dua tahun yang menyaksikan pemain Jerman itu kekal sehingga Jun 2025.
Selain itu, kontrak tersebut turut disertakan dengan pilihan lanjutan selama setahun serta klausa pembelian bernilai €400 juta buat mana-mana kelab lain berminat untuk mendapatkan Gundigon sepanjang tempoh itu.
Untuk makluman semua, karier pemain berdarah Turki-Jerman itu bermula di VfL Bochum II dan FC Nurnberg. Namun begitu, namanya mula ‘meletup’ ketika bersama Borussia Dortmund yang bimbingan Jurgen Klopp setelah menjuarai Bundesliga serta DFB-Pokal bagi musim 2011-12.
Biarpun terlepas memenangi Piala Dunia pada 2014, kehadirannya dalam skuad Pep Guardiola menyaksikan Gundogun menjadi salah seorang tonggak skuad berjulukan The Citizens dan membantu memenangi segala kejuaraan di England termasuk kejuaraan yang paling mereka idamkan, UCL pada awal Jun lalu.
Featured Image: FC Barcelona