Juara Copa del Rey, Real Madrid berpeluang untuk menggunakan khidmat pemain tengahnya merangkap pemenang Ballon d’Or 2018, Luka Modric sekurang-kurangnya bagi tempoh semusim lagi.
Ini selepas pemain yang bakal genap usianya 38 tahun pada September kelak bersetuju untuk melanjutkan kontrak dengan skuad berjulukan Los Blancos sehingga 30 Jun 2024. Perkembangan itu dimaklumkan Real Madrid menerusi laman sesawangnya, semalam.
2️⃣0️⃣1️⃣2️⃣ ⏩ 2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣
✨ La historia continúa…@lukamodric10 | #Modrić2024 pic.twitter.com/RPYAkwCc3v— Real Madrid C.F. (@realmadrid) June 26, 2023
Lanjutan kontrak itu bakal menyaksikan Modric akan menyarung jersi serba putih Real Madrid untuk musim ke-12 berturut-turut.
Setakat ini, Modric yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan Croatia telah memainkan peranan yang penting dalam membantu Real Madrid menjulang 23 trofi secara keseluruhan yang terdiri daripada Liga Juara-Juara UEFA (5), Piala Dunia Kelab FIFA (5), Supercup UEFA (4), La Liga (3), Copa de Rey (2) dan Super Cup Sepanyol (4).
Daripada segi statistik pula, Modric telah melakukan 488 penampilan – pemain ke-15 terbanyak dalam sejarah kelab – serta mencipta 77 “assist” dan meledak 37 gol.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!