Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengambil keputusan membuang perkataan ‘Europa’ daripada kejohanan UEFA Conference League (UECL) sekaligus dijenamakan kepada UEFA Conference League. Difahamkan ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada kejohanan itu berdiri di atas kakinya sendiri.
Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi konfederasi bola sepak benua eropah itu hasil undian yang telah dilaksanakan dalam kalangan ahli jawatankuasa eksekutif UEFA.
Bagaimanapun, perubahan tersebut hanya akan dilaksanakan pada musim 2024-25 selepas tamat kitaran komersil 2021/24 yang menyaksikan kejohanan tersebut berkembang pesat dalam dua musim terakhir ini.
Dalam pada itu, UEFA turut mengumumkan dua venue perlawanan akhir yang telah diputuskan iaitu Stadium Agia Sofia di Athens milik AEK Athens dan laman keramat WKS Slask Wroclam di Poland, Stadion Wroclaw masing-masing bagi musim 2024 dan 2025.
Walaupun begitu, pihak UEFA akan meneliti dan menilai stadium di Athens sehingga November 2023 dalam perlawanan yang melibatkan AEK Athens di pentas UEFA dan skuad kebangsaan Greece di perlawanan kelayakan EURO 2024.
Hal ini rentetan daripada keadaan stadium tersebut yang masih lagi baharu dan masih belum mengadakan sebarang aksi kelab bertaraf antrabangsa serta dijadikan syarat tambahan kepada pengesahan penggunaan venue tersebut pada Disember.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!