Kancah bola sepak Arab Saudi bukan sahaja diserikan dengan kehadiran para pemain bola sepak ternama dan handalan eropah seperti Karim Benzema, N’golo Kante dan Ruben Neves bahkan turut menarik penyertaan jurulatih dari benua terbabit.
Terbaru, sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara terbabit, Al Qadsiah mendapatkan bekas penyerang Liverpool dan skuad kebangsaan England, Robbie Fowler sebagai jurulatihnya.
Sebuah video pendek berdurasi sembilan saat serta satu kenyataan rasmi yang dikongsikan akaun laman sosial kelab berjulukan Fares Al Sharqiya berkenaan mengesahkan kedatangan jurulatih 48 tahun terbabit.
من قلاع الماتدور الإسبانية إلى عرين الأبطال بالخبر،
انطلاقة مسيرة جديدة لفارس الشرقية بقيادة كارلوس انتون ❤️💛#القادسية pic.twitter.com/S67GXM9rP4
— نادي القادسية السعودي (@Alqadsiah) June 27, 2023
Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai tempoh kontrak Robbie bersama Al Qadsiah dikongsikan kepada umum termasuk gajinya.
Sebagai rekod, selepas menggantung butnya selaku pemain profesional, Robbie mula berkecimpung dalam dunia kejurulatihan bersama sebuah kelab berpangkalan di Thailand iaitu Muangthong United.
Bagaimanapun, peranan itu dimainkannya sekitar semusim sahaja sebelum berehat panjang dalam dunia kejurulatihan. Robbie tampil semula sebagai jurulatih sekitar tujuh tahun kemudian dengan dilantik sebagai ketua jurulatih Brisbane Roar yang berpangkalan di Australia.
Kemudiannya, Robbie berhijrah ke India dan menjadi ketua jurulatih East Bengal sehingga tahun 2021.
Featured Image: Brisbane Roar