Artikel

Pemain No.1 Hong Kong Sahkan Kehadiran Bekas Pengarah Kejurulatihan BAM

Bekas Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann yang meletakkan jawatannya daripada badan induk badminton tanah air pada bulan lalu kini mendapat peranan baharu bersama skuad kebangsaan Hong Kong.

Menerusi satu laporan oleh media berpangkalan di negara berkenaan, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2003 bakal memulakan tugas sebagai jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan Hong Kong.

Kehadiran Choong Hann turut disahkan oleh pemain lelaki No.1 Hong Kong yang kini berada di ranking ke-13 dunia, Ng Ka Long Angus yang mengucapkan selamat datang menerusi akaun Instagram peribadinya, pada hari ini.

Untuk makluman, khidmat Choong Hann diambil skuad kebangsaan Hong Kong bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih kelahiran Malaysia, Wong Tat Meng yang dilantik sebagai pengarah kejurulatihan jaguh perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia.

komen