Penyerang versatil, Roberto Firmino mengesahkan destinasi seterusnya apabila kelab Liga Professional Arab Saudi, Al-Ahli mengumumkan kehadiran pemain tersebut dengan kontrak selama tiga tahun sehingga 2026.
Firmino yang lebih mesra dikenali sebagai Bobby menjadi pemain import kedua ditandatangani Al-Ahli musim ini setelah bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy terlebih dahulu menyertai skuad berjulukan Al-Malaki, seminggu lalu.
Pengumuman tersebut hadir menerusi perkongsian di pelbagai media sosial kelab yang turut menampilkan video penyerang Brazil itu menandatangani kontrak dengan gaya ikoniknya; no-look (tanpa pandang).
Signing the contract with his no-look finish style 🫣
Good night! 💚🫶#WelcomeFirmino
pic.twitter.com/xRumBaVg9u— Al-Ahli Saudi Club (@ALAHLI_FCEN) July 4, 2023
Untuk makluman, Firmino memulakan karier professionalnya bersama Figueirense sebelum berhijrah ke benua eropah untuk bersama Hoffenheim yang mana mula mengangkat namanya dan menarik minat Jurgen Klopp untuk mendapatkan khidmatnya.
Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu sah meninggalkan Liverpool selepas 8 musim bersama The Reds dan memenangi tujuh kejuaraan termasuk menamatkan kemarau Liga Perdana Inggeris (EPL) serta menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Firmino meninggalkan legasi yang besar di EPL sejak berhijrah dari Hoffenheim pada 2015. Anak jati Maceio itu menjadi penjaring terbanyak kelahiran Brazil dalam saingan liga tersebut selepas menjaringkan 71 gol, diikuti dengan Gabriel Jesus (58) dan Richarlison (48).
Featured Image: Al-Ahli Saudi Club