Kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain akan mengharungi musim 2023-24 kelak dengan bimbingan pengurus baharu kelahiran Sepanyol iaitu Luis Enrique.
Susuk tubuh berusia 53 tahun terbabit diperkenalkan secara rasmi oleh skuad berjulukan Rouge-et-Bleu dalam satu majlis yang turut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi kelab, Nasser Al-Khelaifi serta Pengarah Sukan, Luis Campo semalam.
Ketika bercakap dalam sidang media dalam majlis terbabit, Enrique yang pernah beraksi sebagai penyerang serta pemain tengah menyerang bersama Real Madrid dan FC Barcelona semasa bergelar pemain mahu menerapkan falsafah permainan menyerang buat PSG.
“Identiti menyerang tidak boleh dirundingkan. Falsafah saya adalah mara ke hadapan. Kamu perlu menyesuaikan dengan pemain-pemain yang kamu miliki, dan dapatkan yang terbaik daripada mereka.” katanya.
Chairman and CEO Nasser Al-Khelaïfi, Sports Director Luis Campos and new coach Luis Enrique at 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐒𝐆.
🔴🔵 #WelcomeToParisLuisEnrique pic.twitter.com/NjPmcbijmy
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2023
Dimaklumkan, individu yang turut pernah membimbing FC Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2014-15 ini diberikan kontrak selama dua tahun yang menyaksikannya kekal sehingga musim panas 2025.
Selain mengemudi skuad Blaugrana, Enrique turut mempunyai pengalaman membimbing AS Roma, Celta Vigo serta skuad kebangsaan Sepanyol.
Ketika mengemudi skuad berjulukan La Roja, Enrique yang tidak menyenaraikan sebarang pemain daripada Real Madrid dalam senarai 24 pemain berhasil mara sehingga ke separuh akhir EURO 2020 sebelum tumpas kepada Itali.
Sebelum itu, PSG mengesahkan perpisahan dengan pengurus sebelumnya, Christophe Galtier yang membawa mereka menjuarai kejuaraan Ligue 1 yang kesebelas – terbanyak pernah dimenangi oleh kelab di Perancis.
Featured Image: PSG