Ketua Jurulatih Baharu Dari Portugal Bimbing Kelab Ronaldo
July 7, 2023 Hafizuddin Omar

Al Nassr diwakili oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali merangkap penyerang skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo mendapat ketua jurulatih baharu yang senegara dengan kelahirannya iaitu Luis Castro.

Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL) yang berpangkalan di Riyadh mengesahkan perlantikan jurulatih berusia 61 tahun terbabit menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam. Pengumuman itu juga hadir ketika skuad berjulukan Al-Alami sedang menjalani kem latihan pramusim di Portugal. 

Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kontrak didedahkan kepada umum oleh Al Nassr dalam pengumuman terbabit.

Sebelum ini, Castro merupakan pengurus pendahulu Liga Serie A di Brazil iaitu Botafogo. Kelab terbabit berada di puncak liga dengan 33 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Untuk pengetahuan semua, bola sepak di rantau negara arab bukanlah sesuatu yang asing buatnya. Sekitar 2021 hingga 2022, Castro sudah pernah ke Qatar dengan peranan sebagai ketua jurulatih Al-Duhail SC.

Antara kelab besar di eropah yang pernah dikemudinya ialah Shakhtar Donetsk. Selebihnya adalah kelab-kelab di Portugal seperti Porto, Vitoria Guimaraes, GD Chaves, Rio Ave dan lain-lain lagi.

Sebagai tambahan, kehadiran Castro ini adalah untuk menggantikan Dinko Jelicic dari Croatia yang berperanan sebagai ketua jurulatih sementara bermula pertengahan April lalu.

Featured Image: Al Nassr

Komen