Artikel

Hubungan Kapten Switzerland & The Gunners Ternoktah Selepas 7 Musim

Pemain kebangsaan Switzerland, Granit Xhaka akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada skuad berjulukan The Gunners selepas tujuh musim bersama kelab London itu bagi menyertai Bayer Leverkusen. 

Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui media sosial kedua-dua pasukan sekaligus bermakna Xhaka kembali ke Bundesliga selepas tujuh tahun. 

Xhaka yang juga bekas kapten Arsenal merupakan salah seorang daripada tiga pemain di dalam skuad semasa The Gunners yang sempat beraksi di bawah kendalian pengendali legenda mereka, Arsene Wenger selain Mohamed Elneny dan Rob Holding.

Perjalanan karier pemain berusia 31 tahun itu di kelab London tersebut bukanlah semudah yang disangka tatkala pemain ini kerana terlibat dengan kontroversi di dalam dan luar padang yang menyaksikan Xhaka digantung tugas daripada menjadi ketua pasukan. 

Bagaimanapun, kehadiran Mikel Arteta ternyata mengubah situasi yang melanda Xhaka. Tatkala ramai enjangkakan Xhaka bakal meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan pertengahan musim 2020, Arteta terus meletakkan kepercayaan kepada pemain tersebut. 

Bersama Arsenal, Xhaka berjaya menjaringkan 23 gol dan mencatatkan 29 bantuan gol (assists) daripada 297 perlawanan serta membantu kelab London Utara itu menjulang Piala FA Inggeris sebanyak dua kali iaitu pada musim 2016-17 dan 2019-20.

Featured Image: Arsenal FC

komen