Tinggalkan Chelsea Selepas 11 Tahun, Sertai Atletico Madrid Satu Musim
July 7, 2023 Hafizuddin Omar

Pertahanan kiri yang berperanan sebagai kapten, Cesar Azpilicueta tidak lagi menyarung jersi skuad berjulukan The Blues pada saingan musim 2023-24 kelak. 

Ini selepas Chelsea dan pemain berusia 33 tahun terbabit mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas 11 tahun bersama dengan rekod 508 penampilan, 17 jaringan gol serta mencipta 56 bantuan gol.

Penglibatannya bersama kelab berpangkalan di Kota London terbabit turut dihiasi dengan menjuarai kesemua piala yang dipertandingkan samada peringkat domestik mahupun antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris (2015, 2017), Piala FA (2018), Piala Liga (2015), Liga Europa (2013, 2018), Piala Super UEFA (2022), Liga Juara-Juara UEFA (2021) dan Piala Dunia Kelab FIFA (2022). 

Tidak lama selepas hadirnya pengumuman perpisahan Azpilicueta bersama Chelsea, kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Sepanyol iaitu Atletico Madrid dengan pantasnya mengambil giliran memperkenalkan Azpilicueta sebagai pemain baharunya.

Dimaklumkan, skuad bimbingan Diego Simeone mencapai persetujuan dengan Azpilicueta untuk menandatangani kontrak bertempoh semusim yang menyaksikannya kekal sehingga 30 Jun 2024.

Difahamkan, Azpilicueta akan menyertai skuad berjulukan Rojiblanco pada permulaan sesi pramusim 2023-24 iaitu 7 Julai.

Featured Image: Atletico Madrid

Komen