Astro Menambah Penawaran Saluran Khusus Memfokuskan Sukan Wanita, W-Sport
July 10, 2023 Aman

Astro kini mengumumkan kerjasama dengan W-Sport, sekaligus akan mula menawarkan saluran khusus memfokuskan sukan wanita kepada para pengguna tempatan. Saluran W-Sport ini akan ditawarkan bermula 15 Julai 2023 kepada semua pelanggan Astro Sports Pack melalui saluran 815.

Saluran W-Sports menghimpunkan sejumlah liga dan acara melibatkan wanita, termasuk Liga Super Bola Jaring (Netball Super League NSL) anjuran pihak Astro.

Disamping itu, penonton juga boleh mengikuti siaran Barclays Women’s Super League (WSL), Germany’s Frauen Bundesliga, USA NWSL, Extreme E Motor Racing, Hoffman Cup Tennis, dan pelbagai sukan lain seperti bola tampar pantai, gimnastik, dan sebagainya.

Bagi anda yang sedia melanggan Astro Sports Pack, boleh menonton saluran W-Sport ini tanpa sebarang kos tambahan.

Komen