Skuad Harimau Muda kendalian E. Elavarasan bukanlah satu-satunya pasukan yang tidak akan menyertai temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China bermula 23 September hingga 8 Oktober kelak.
Terbaharu, skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) negara seberang tambak, Singapura B-22 mengesahkan turut mengambil keputusan yang sama seperti Malaysia.
Perkembangan ini disahkan sendiri oleh badan induknya, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada hari ini selepas perbincangan dengan Sport Singapore (SportSG – badan berkanun di bawah Kementerian Belia, Komuniti dan Budaya Singapura) dan Majlis Olimpik Singapura (SNOC).
Sport Singapore (SportSG), the Singapore National Olympic Council (SNOC), and the FAS, has reached a decision that the Men’s U22 football team will not participate in the Hangzhou Asian Games 2022 in September 2023.
Read here for more details➡ https://t.co/0OKQG1eILU pic.twitter.com/mnUipxVBLD
— FAS (@FASingapore) July 11, 2023
Difahamkan, SportSG menyatakan sokong terhadap keputusan ini sementara SNOC pula tidak membuat sebarang bantahan.
Dimaklumkan, keputusan untuk tidak menyertai Sukan Asia 2022 ini selari salah satu cadangan daripada dalam Pascanilai Bola Sepak Sukan SEA 2023 yang dikeluarkan pada minggu lalu – memfokuskan kepada dua kejohanan iaitu Sukan SEA dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Pada masa yang sama, temasya Sukan Asia pula jatuh di luar kalendar FIFA serta dianjurkan dalam bulan yang sama dengan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 terbabit.
Sebagai perbandingan, alasan terbabit sama seperti yang dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila membuat keputusan yang sama sekitar Februari lalu.
Ironinya, FAS dalam kenyataan yang sama membuat keputusan bahawa skuad bola sepak wanitanya akan kekal mengambil bahagian dalam temasya Sukan Asia terbabit.