Artikel

Kejohanan Olahraga Asia: Rizzua Perbaiki Rekod Peribadi 110m Berpagar – 13.85s

Pelari berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad Muhamad terpaksa akur terkandas di pusingan 1 acara 110 meter (m) berpagar apabila menamatkan lariannya di tempat keempat dalam saringan 1 di Kejohanan Olahraga Asia Ke-25 di Bangkok, Thailand pada hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak yang berusia 26 tahun ini melintasi garisan penamat di belakang Shunya Takayama (Jepun), John Christopher Tolentino (Filipina) dan David Yefremov (Kazakhstan).

Biarpun terlepas peluang untuk mara ke perlumbaan akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Rizzua berhasil memperbaharui rekod peribadinya dalam acara ini.

Dalam perlumbaan tersebut, Rizzua merekodkan catatan masa 13.85 saat (s) sekaligus meleburkan catatan masa 13.86s yang dilakukannya ketika Olahraga Terbuka Taiwan pada penghujung Mei lalu.

Featured Image: Instagram Mohd Rizzua Haizad

komen