Gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil meneruskan rentetan kemenangannya sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2023.
Pasangan negara yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ke-53 dunia, Chen Zhi Yi dan Presley Smith di Pusingan 16, pagi tadi waktu Malaysia.
Dalam pertarungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 20-22 sebelum bangkit mencipta kemenangan pada set kedua dan ketiga dengan pungutan mata 21-13 dan 21-19 masing-masing.
YONEX US Open 2023
MD – R16
🇲🇾GOH Sze Fei🏅
20 21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅
🇺🇸ZHI YI CHEN
22 13 19 🇺🇸Presley SMITH🕚 in 47 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2023
Pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 2 bertempat di Mid-America Center, Council Bluffs, Iowa itu memakan masa hampir 50 minit permainan sebelum menemui pemenangnya.
Dengan kemenangan terbabit, Sze Fei-Izzuddin akan turun menentang gandingan Chinese Taipei yang berada di tangga ke-41 dunia, Chiu Hsiang Chieh dan Yang Ming-Tse di peringkat suku akhir.
Sementara itu, gandingan Chinese Taipei terbabit mengesahkan kemaraan selepas menundukkan beregu England, Rory Easton dan Zach Russ secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-15.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia