Jagh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi muncul pelari pecut 100 meter (m) kelima terpantas di benua asia.
Ini selepas pelari berusia 19 tahun tersebut menamatkan perlumbaan akhir dalam acara berkenaan di Kejohanan Olahraga Asia 2023 di tempat kelima dengan catatan masa 10.25 saat (s).
Bagaimanapun, Azeem berkongsi catatan masa tersebut dengan pelumba Qatar, Femi Aeun Ogunade. Namun begitu, tempat keempat menjadi milik pelumba berusia 32 tahun terbabit.
Sementara itu, pingat emas menjadi milik pelumba Jepun, Hiroki Yanagita dengan rekod 10.02s.
Ianya diikuti oleh pelumba Arab Saudi, Abdullah Abkar Mohamed yang membawa pulang pingat perak yang mencatatkan masa 10.19s. Hassan Taftian pula merangkul pingat gangsa dengan masa larian 10.23s.
Terlebih dahulu, Azeem berhasil mara ke peringkat akhir selepas menamatkan aksi saringan pertama separuh akhir di tempat kedua dengan catatan masa 10.35s.
Sebagai perbandingan, catatan masa larian terbaik Azeem adalah 10.09s diciptanya ketika di Kejohanan Olahraga Dunia B-20 pada tahun lalu dan menjadi rekod kebangsaan dalam acara 100m.