Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya menjejakkan kaki ke pentas separuh akhir dalam kejohanan antarabangsa buat julung kalinya selepas setahun.
Kemaraan itu menjelma apabila gandingan ke-53 dunia ini berhasil menumpaskan beregu Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh dan Yang Ming-Tse pada Pusingan 16 di Terbuka Amerika Syarikat, pagi tadi waktu Malaysia.
Pertarungan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menumpaskan pasangan yang berada di ranking ke-41 dunia terbabit secara “straigt set” dengan skor 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 38 minit permainan.
YONEX US Open 2023
MD – QF
🇲🇾GOH Sze Fei🏅
21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅
CHIU Hsiang Chieh
15 19 YANG Ming-Tse🕚 in 38 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 15, 2023
Ianya sekaligus membawa mereka bertemu beregu China yang berada di ranking ke-49 dunia, Chen Bo Yang dan Liu Yi di peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 300 yang dijadualkan bermula sekitar jam 5 pagi esok waktu Malaysia.
Terdahulu, Bo Yang-Liu mara selepas mencipta kejutan ke atas beregu Perancis yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Lucas Corvee dan Ronan Labar menerusi skor 21-17 dan 23-21 dalam tempoh 43 minit permainan.
Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin kali terakhir menjejakkan kaki di peringkat separuh dalam kejohanan antarabangsa adalah di Terbuka Malaysia yang berlangsung sekitar penghujung Jun dan awal Julai tahun lalu.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia