Harry Maguire Kecewa Hilang Jawatan Kapten Man Utd
July 17, 2023 Hafizuddin Omar

Pertahanan tengah yang dibeli oleh Manchester United (Man Utd) daripada Leicester City dengan nilai €87.1 juta – termahal di dunia sehingga ke hari ini – Harry Maguire kecewa apabila dilucutkan peranannya selaku kapten buat skuad berjulukan Red Devils.

Pertahanan kelahiran England berusia 30 tahun ini hilang peranan tersebut apabila pengurus Man Utd, Erik ten Hag datang menemuinya untuk berbincang dan memaklumkan untuk menukar individu yang akan memakai lilitan lengan kapten pada musim baharu kelak.

Kecewa dengan perkembangan terbabit, Maguire tampil berkongsikan hal berkenaan di pelbagai platform media sosial peribadinya termasuk disiarkan menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi Man Utd, menjelang tengah malam tadi waktu Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Harry Maguire (@harrymaguire93)

Bagaimanapun, dalam perkongsiannya itu, Maguire memberi jaminan untuk terus beraksi dengan sebaiknya selagi menyarung jersi Red Devils.

Sementara itu, kapten baharu bagi Man Utd pula akan diumumkan sendiri oleh Ten Hag selepas dia memaklumkan kepada para pemainnya, dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, Maguire mula dipertanggungjawabkan sebagai kapten Man Utd sekitar tiga tahun dan setengah yang lalu ketika skuad Red Devils dibimbing Ole Gunnar Solksjaer.

Featured Image: Manchester United

Komen