Aaron Ramsey Kembali Ke Pangkuan Cardiff City – Kontrak 2 Tahun
July 17, 2023 Hafizuddin Omar

Selepas 15 tahun berkelana di pelbagai kelab sekitar benua eropah, kapten skuad kebangsaan Wales, Aaron Ramsey kembali semula ke kelab yang melahirkan dirinya menjadi pemain bola sepak profesional iaitu Cardiff City secara tetap.

Cardiff City mengesahkan kehadiran semula pemain tengah berusia 32 tahun ini menerusi satu video berdurasi seminit di pelbagai platform media sosialnya serta kenyataan di laman sesawang rasminya, semalam.

Dimaklumkan, Ramsey menandatangani kontrak selama dua tahun sekaligus menyaksikannya kekal menyarung jersi serba biru skuad berjulukan Bluebirds milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan sehingga pertengahan tahun 2025.

Sebelum menyertai Cardiff City secara percuma pada jendela perpindahan kali ini, Ramsey merupakan tonggak kelab Ligue 1, OGC Nice dengan tampil sebanyak 34 kali dalam pelbagai kejohanan disamping mencetak satu gol dan tiga bantuan gol.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Aaron kembali semula ke pangkuan Cardiff City. Sebelum ini, Aaron pernah menyertai semula Cardiff perpindahan musim panas pada tahun 2008 secara pinjaman daripada Arsenal selama sebulan pada Januari 2011.

Featured Image: Cardiff City

Komen