Hoka Tawar Promosi Eksklusif Sempena Pembukaan Butik Di Suria KLCC – Sehingga 31 Ogos
July 20, 2023 Hafizuddin Omar

Jenama yang kian menitip di bibir peminat sukan larian maraton dan lasak, Hoka secara rasminya membuka cawangan pertamanya di Malaysia bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC – Lot 388, Aras 3. 

Pembukaan itu sekaligus membolehkan Hoka menyediakan peminat dan pembelinya merasai pengalaman baharu dengan menampilkan kepelbagaian aneka pilihan kasut yang berkualiti tinggi.

Selain itu, butik Hoka turut menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan yang hadir untuk membeli-belah di situ seperti penyediaan pembantu yang arif di dalam pemilihan kasut yang berpadanan dengan kriteria pengguna idamkan.

Antara kriteria yang sering menjadi keutamaan adalah seperti keselesaan, ketahanan, keunikan tambahan. Kesemua ini akan diterangkan oleh pembantu yang mahir dalam pemilihan kasut yang terbaik kepada pengguna.

Bersempena dengan pembukaan butik tersebut, Hoka menawarkan promosi eksklusif kepada pengguna bermula dari 14 Julai hingga 31 Ogos – setiap pembelian mana-mana produk Hoka di dalam jangkauan masa yang ditetapkan akan berpeluang untuk menyertai “Team Hoka” di dalam HOKA Fly Run KL pada 6 Ogos 2023.

Penyertaan di atas akan turut disertakan dengan barangan eksklusif daripada Hoka dan tanda penyertaan istimewa sebagai ahli kelab larian Hoka yang juga bakal menyertai larian tersebut.

Sebagai tambahan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REV Edition, Pornsak Chinawongwatana ketika ditemui selepas majlis pelancaran mendedahkan Hoka akan membuka dua lagi cawangan di Lembah Klang pada tahun ini.

Untuk makluman, sebelum ini, jenama Hoka hanya boleh didapati menerusi kedai dan rangkaian sukan yang lain di Malaysia.

Komen