Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong tidak mempunyai masalah untuk melepasi cabaran di Pusingan 16 sekaligus meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Korea 2023.
Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-23 dunia melakar kemaraan tersebut selepas menyingkirkan Ng Ka Long Angus yang kini mendapat bimbingan daripada bekas Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) BAM, Wong Choong Hann yang kini berperanan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong.
Bukan itu sahaja, Tze Yong turut melakar kemaraan tersebut dengan penuh bergaya apabila berhasil menumpaskan Angus yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya iaitu ke-14 dunia secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan.
Korea Open 2023
MS – R16
21 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇18 17 🇭🇰NG Ka Long Angus
🕚 in 50 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 20, 2023
Kemenangan itu sekaligus menjadikan Tze Yong kini meraih dua kemenangan daripada tiga pertemuan ke atas Angus di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Tze Yong mara ke Pusingan 16 selepas menumpaskan pemain India yang berada di rangking ke-56 dunia, Mithun Manjunath di Pusingan 32.
Manakala Angus pula mara selepas menyingkirkan jaguh perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia.
Sementara itu, di peringkat suku akhir bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 ini kelak, Tze Yong akan berhadapan samada pemain Singapura, Loh Kean Yew merangkap pilihan keempat kejohanan atau pemain China, Zhao Jun Peng.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023