Tidak cukup dengan kelibat Lionel Messi dan Sergio Busquets, kelab yang dimiliki oleh David Beckham bersama-sama Jorge Mas dan Jose Mas iaitu Inter Miami CF mengikat seorang lagi bekas pemain FC Barcelona.
Menerusi pengumuman rasmi oleh kelab berjulukan The Herons pada awal pagi tadi, pemain baharu yang dimaksudkan ialah Jordi Alba yang merupakan pemain di posisi bek kiri.
Inter Miami turut memaklumkan pemain berusia 34 tahun itu diberikan kontrak sehingga penghujung tahun 2024 dengan pilihan untuk melanjutkannya sehingga tahun 2025.
JOR𝐒Í pic.twitter.com/SumFvFTiEO
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) July 20, 2023
Inter Miami turut mendapatkan khidmat Alba secara percuma setelah meninggalkan Barcelona apabila tamatnya musim 2023-24. Sepanjang beraksi bersama Barcelona sejak pertengahan tahun 2012, Jordi Alba telah mencetak 459 penampilan serta mencipta 99 “assists” dan menjaringkan 27 gol.
Sumbangan terbabit telah membantu Barcelona meraih kejuaraan LaLiga (6), Copa del Rey (5), Supercopa de Espana (4), Liga Juara-Juara UEFA (1), Super Cup UEFA (1) dan Piala Dunia Kelab FIFA (1).
Menariknya, Alba serta Messi dan Busquets bukan sahaja akan kembali beraksi bersama-sama selepas dua tahun. Bahkan, mereka turut bergabung kembali dengan pengurus bekas Barcelona yang membimbing mereka sepanjang musim 2012-14, Gerardo Martino.
Featured Image: Inter Miami CF