Terbuka Korea: Langkah Sze Fei-Izzuddin Terhenti Di Suku Akhir
July 21, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin nampaknya tidak dapat mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu dalam saingan Terbuka Korea pada minggu ini.

Ianya berikutan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-46 dunia tumpas pada peringkat suku akhir di tangan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, sebentar tadi.

Dalam pertarungan terbabit, Sze Fei-Izzuddin tumpas secara “straight set” dengan skor 9-21 dan 21-23 dalam tempoh masa 38 minit permainan.

Kekalahan itu sekaligus menjadikan Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak lapan kali daripada sembilan pertemuan menentang Fajar-Rian di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, kekalahan ini hadir selepas Ng Tze Yong yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki turut tumpas di peringkat suku akhir.

Ianya sekaligus menyaksikan tiada sebarang kelibat wakil negara dalam mana-mana kategori bermula peringkat separuh akhir, esok.

Perkara ini sama sekali berbeza berbanding saingan Terbuka Korea pada tahun lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya satu wakil negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu gandingan campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jin yang akhirnya berjaya merangkul kejuaraan.

Featured Image: Terbuka Sweden

Komen