Beregu campuran No.2 tanah air, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memulakan kempen Terbuka Jepun 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas lawannya, Robin Tabeling dan Selena Piek di Pusingan 32.
Bukan itu sahaja, Tang Jie-Ee Wei turut melakar kemenangan terbabit dengan bergaya setelah berhasil menundukkan pasangan Belanda yang menghuni ranking kelapan dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 30 minit permainan sahaja.
DAIHATSU Japan Open 2023
XD – R32
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇳🇱Robin TABELING
15 18 🇳🇱Selena PIEK🕚 in 30 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023
Dengan keputusan ini, Tang Jie-Ee Wei kini mendahului rekod pertemuan ke atas Robin-Selena dengan dua kemenangan daripada tiga pertemuan.
Sebagai rekod, pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua beregu ini di Terbuka Swiss pada Mac lalu memihak kepada Robin-Selena sebelum Tang Jie-Ee Wei membalas dendam pada pertemua kedua di Terbuka Singapura pada bulan lalu.
Pada masa yang sama, kemenangan ini sekaligus menghantar Tang Jie-Ee Wei ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750. Namun begitu, cabaran besar menantikan mereka apabila bakal bertemu beregu No.1 dunia dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong atau di peringkat terbabit.
DAIHATSU Japan Open 2023
XD – R32
🇨🇳ZHENG Si Wei🏅
21 21 🇨🇳HUANG Ya Qiong🏅
🇯🇵Hiroki MIDORIKAWA
8 13 🇯🇵Natsu SAITO🕚 in 29 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023
Si Wei-Ya Qiong yang telah berhasil meraih ketiga-tiga saingan Super 1000 setakat ini melakar kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-21, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito juga secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-13 dalam tempoh masa 29 minit.
Untuk makluman, pertarungan antara Tang Jie-Ee Wei dan Si Wei-Ya Qiong pada hari Khamis nanti bakal menjadi pertemuan sulung memandangkan kedua-duanya belum pernah berentap sesama sendiri di pentas antarabangsa sehingga ke hari ini.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023