Terbuka Jepun: Peng Soon-Yee See Mudah Benam Pasangan No.7 Dunia
July 25, 2023 Hafizuddin Omar

Gandingan beregu campuran bebas (independent) Chan Peng Soon dan Cheah Yee See tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan pertama di saingan Terbuka Jepun 2023 yang bermula hari ini.

Walaupun terpaksa memulakan kempen dengan menentang gandingan Perancis merangkap penghuni ranking ketujuh dunia, Peng Soon-Yee See yang sekadar di ranking ke-42 dunia berhasil mencipta kejutan dengan melakar kemenangan secara bergaya.

Dalam pertarungan tersebut, Peng Soon-Yee See meraih kemenangan ke atas Thom Gicquel dan Delphine Delrue secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-18 dalam tempoh masa 48 minit permainan.

Kemenangan tersebut sekaligus membawa mereka ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 ini.

Sementara itu, di peringkat seterusnya, Peng Soon-Yee See akan bakal berhadapan antara pasangan campuran handalan dunia dari Thailand iaitu Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran yang berada di ranking ketiga dunia.

Untuk makluman, Supak-Supissara mara ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan beregu Chinese Taipei, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang juga secara “straight set” dengan skor 21-3 dan 21-10 dalam tempoh masa 20 minit permainan.

Sebagai tambahan, pertemuan melibatkan Peng Soon-Yee See dan Supak-Supissara ini bakal menjadi yang pertama buat kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa. 

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

Komen