Kedudukan pemain badminton lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia dalam Ranking Dunia mencatatkan kejatuhan sekali lagi.
Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikannya jatuh sebanyak satu anak tangga sekaligus meletakkan pemain kelahiran Alor Setar di tangga ke-18 dunia bagi minggu ke-30.
Untuk makluman, kejatuhan satu anak tangga dialami Zii Jia itu dipengaruhi oleh kenaikan sebanyak dua anak tangga oleh perseorangan lelaki Hong Kong, Lee Cheuk Yiu yang mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam Terbuka Korea minggu lalu.
Kenaikan Cheuk Yiu itu telah menolak kedudukan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama serta Zii Jia ke tangga ke-17 dan ke-18 dengan pungutan mata 54,271 dan 53,156 mata masing-masing.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pula mencatatkan kenaikan dalam Ranking Dunia selepas kemaskini oleh BWF pada hari ini.
Berdasarkan pemerhatian, Tze Yong meraih peningkatan sebanyak dua anak tangga sekaligus meletakkannya di tangga ke-21 dunia pada minggu ini.
Kenaikan itu didorong oleh kemajuan Tze Yong ke peringkat suku akhir Terbuka Korea baru-baru ini yang memberikannya 5,040 mata sekaligus membolehkannya mengumpul sebanyak 46,000 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya dalam tempoh 12 bulan terakhir.
Featured Image: Thailand Open 2023
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!