Ranking BWF: Sze Fei-Izzuddin Langkau 8 Anak Tangga
July 25, 2023 Hafizuddin Omar

Biarpun sekadar menamatkan saingan Terbuka Korea di peringkat suku akhir pada minggu lalu, ianya sudah memadai buat gandingan semula Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk terus melakar peningkatan dalam Ranking Dunia.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kenaikan sebanyak lapan anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-38 dunia bagi minggu ini.

Untuk makluman, kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanhan bertaraf Super 500 terbabit memberikan Sze Fei-Izzuddin sebanyak 5,040 mata menjadikannya memiliki 32,540 mata secara keseluruhan. 

Terdahulu, kejayaan Sze Fei-Izzuddin yang menjuarai Terbuka Amerika Syarikat – kejohanan pertama mereka beraksi setelah bergandingan semula – telah memberikan 7,000 mata dan meletakkan mereka di tangga ke-46 dunia pada minggu lalu.

Sze Fei-Izzuddin berpeluang untuk terus meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam Ranking Dunia dengan mara lebih jauh dalam kejohanan bertaraf Super 750 yang mereka sertai pada minggu ini – Terbuka Jepun 2023.

Sekiranya mereka berhasil mengulangi pencapaian mara ke peringkat suku akhir di Terbuka Korea pada minggu lalu, Sze Fei-Izzuddin akan membawa pulang 6,050 mata 

Sebagai tambahan, Sze Fei-Izzuddin akan memulakan kempen Terbuka Jepun dengan menentang wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-34 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei.

Featured Image: Swiss Open 2022

Komen