Langkah kanan yang dimulakan beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi di Terbuka Jepun membawa mereka berhadapan dengan pemenang emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin.
Terdahulu, Yew Sin-Ee Yi berjaya melakar kemenangan ke atas pasangan Perancis, Lucas Corvee dan Ronan Labar pada Pusingan 32 yang berlangsung sekitar tengah hari tadi, waktu Malaysia.
Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan bergaya iaitu secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 36 minit permainan.
DAIHATSU Japan Open 2023
MD – R32
🇲🇾ONG Yew Sin🏅
21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅
🇫🇷Lucas CORVEE
15 18 🇫🇷Ronan LABAR🕚 in 36 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023
Berdasarkan rekod pertemuan, Yew Sin-Ee Yi dan Lee-Wang telah bertemu sebanyak enam kali di pentas antarabangsa dan kedua-duanya meraih tiga kemenangan masing-masing.
Bagaimanapun, tiga pertemuan terakhir di Kejohanan Dunia BWF 2021, Terbuka Malaysia 2022 dan Terbuka Seluruh England 2023 memihak kepada Yew Sin-Ee Yi.
Sementara itu, Lee-Wang yang kini berada di ranking ke-18 dunia pula mara ke peringkat yang sama selepas menundukkan wakil China, Chen Bo Yang dan Liu Ying juga secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-11 dalam tempoh 32 minit permainan.
DAIHATSU Japan Open 2023
MD – R32
LEE Yang🏅
21 21 WANG Chi-Lin🏅
🇨🇳CHEN Bo Yang
17 11 🇨🇳LIU Yi🕚 in 32 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia