Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Oman, Kyrgyzstan Jadi Lawan Malaysia
July 27, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon akan mengharungi saingan bersama Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2026 Amerika Syarikat (AS), Kanada & Mexico serta Piala Asia 2027 Arab Saudi dalam Kumpulan D.

Perkara tersebut disahkan selepas berlangsungnya majlis undian bagi kedua-dua kejohanan terbabit di AFC House, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari ini.

Menyertai Malaysia (ranking ke-136) dalam Kumpulan D ialah Oman (ranking ke-73), Kyrgyzstan (ranking ke-97) serta pemenang bagi perlawanan Pusingan 1 melibatkan Chinese Taipei (ranking ke-153) atau Timor Leste (ranking ke-192).

Kempen kelayakan ini akan bermula ketika jendela antarabangsa FIFA pada November kelak diikuti Mac dan Jun 2024. Setiap jendela tersebut, akan berlangsung dua perlawanan dan setiap pasukan menghadapi enam perlawanan secara keseluruhan dengan format “home” dan “away”.

Untuk makluman, juara dan naib juara setiap kumpulan di Pusingan 2 ini akan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 serta melayakkan diri secara automatik ke saingan Piala Asia 2027.

Pasukan yang menamatkan saingan Kelayakan Pusingan 2 di tangga ketiga dan keempat kumpulan pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, pasukan-pasukan ini masih berpeluang untuk merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.

Sementara itu, pasukan lain pula ditempatkan dalam kumpulan-kumpulan seperti berikut:

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen