Pengarah Pembangunan Remaja Negara, Datuk Haji Misbun Sidek akan meneruskan tugasnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) setakat 1 Ogos sahaja.
Selepas daripada tarikh berkenaan, Misbun dan BAM akan membawa haluan masing-masing sekaligus menoktahkan kerjasama kedua-dua pihak buat kali kedua sejak tahun 2017.
Perkembangan ini hadir setelah Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memaklumkan menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini bahawa badan induk badminton negara dan Misbun mencapai kata sepakat untuk berpisah biarpun mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.
THANK YOU, DATUK MISBUN
BAM & Datuk Haji Misbun Sidek, the National Junior Development Director, have mutually agreed to part company after working together for the past 6 years. Misbun, who rejoined BAM for a second stint in 2017,- pic.twitter.com/IV68U91GRX
— BAM (@BA_Malaysia) July 28, 2023
Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa khas yang diketuai Subramaniam mengadakan perbincangan mendalam dengan kesemua jurulatih perseorangan, jurulatih beregu termasuk para pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Indonesia baru-baru ini.
Untuk makluman, jawatankuasa khas yang turut dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh itu diadakan susulan daripada penurunan mendadak prestasi para pemain remaja Malaysia khususnya di kejohanan terbabit.
Dalam sidang media yang sama, jawatankuasa khas turut mencadangkan para pemain remaja melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bermula 25 September hingga 8 Oktober kelak dengan berlatih bersama skuad senior.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia