Juara Piala Carabao 2022/23 iaitu Manchester United (Man Utd) akan terus menyarung jersi buatan Adidas sekurang-kurangnya selama tujuh tahun lagi.
Perkembangan ini hadir selepas kelab berjulukan Red Devils yang kini di bawah bimbingan Erik ten Hag mengumumkan melanjutkan perjanjian kerjasama dengan syarikat kelengkapan sukan dari Jerman terbabit, pada hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Man Utd, Richard Arnold berkongsikan mereka sedang tidak sabar untuk memperbaharui kerjasama hebat ini sekali lagi menyusuri baki dekad ini dan memasuki 2030-an.
🤝 To be continued.@adidas || #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 31, 2023
Sementara itu, CEO Adidas, Bjorn Guldern pula berkata Man Utd dan Adidas adalah dua jenama penting dalam bola sepak dan ianya adalah satu perkara yang semula jadi buat mereka untuk meneruskan kerjasama.
Difahamkan, kerjasama baharu ini akan mempertingkatkan tumpuan kepada skuad wanita Man Utd sejak pengenalan semula pada tahun 2018 – menyambung komitmen Man Utd dan Adidas untuk memacu permainan wanita ke hadapan.
Sebagai rekod, Man Utd dan Adidas kembali bekerjasama selepas 23 tahun tidak berbuat demikian bermula musim 2015-16 – selepas kontrak bersama jenama sukan dari Amerika Syarikat (AS), Nike tamat.