Malaysia Hadap Dua Pasukan ‘Top 100’ Dunia Pada September
July 31, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan menghadapi dua buah pasukan yang menghuni kelompok 100 terbaik dunia pada Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA bulan September kelak.

Ini selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Haji Rahman tampil mengesahkan bahawa Harimau Malaya dijadualkan berhadapan Syria dan China yang menghuni ranking ke-94 dan ke-80 masing-masing.

Turut dimaklumkan, kedua-dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini akan berlangsung di Chengdu, China pada 6 dan 9 September masing-masing.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan-gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu (27 Julai 2023).” katanya menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak tanah air, pada hari ini.

Sebagai perbandingan, kemaskini oleh FIFA pada 20 Julai lalu menyaksikan Malaysia kini menghuni ranking ke-136 dunia.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen