Kedah Darul Aman FC sempat menyambar seorang pemain sayap pada hari terakhir jendela perpindahan bagi memperkukuhkan pasukannya untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2023.
Menerusi pelbagai platform media sosialnya, skuad berjulukan Sang Kenari memaklumkan mendapatkan khidmat J. Partiban secara pinjaman daripada Kuala Lumpur City FC (KL City).
“Kehadiran beliau memberi lebih banyak pilihan dibahagian sayap melalui pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini. Kepantasan dan gemar membuat hantaran lintang pasti menggerunkan pihak lawan untuk menghalang kombinasi serangan Sang Kenari yang semakin padu.”
https://www.instagram.com/p/CvZHH3HpdSI/?hl=en
“Kemuncak kerjaya Partiban adalah ketika kejayaan Perak mendominasi liga dibawah kendalian Mehmet Durokovic, dan turut membantu KL City FC melangkah ke peringkat lebih jauh dalam saingan Piala AFC dan Piala Malaysia musim lepas.”
“Menurut Partiban, hasrat untuk mewakili KDA FC telah lama dipendam, akhirnya rezeki tiba tepat pada waktunya, permohonan Sang Kenari untuk menawarkan kontrak pinjaman dipersetujui KL City, kelebihan buat Kedah dengan pemain sayap baharu.” tulis kenyataan laman media sosial rasmi kelab.
Untuk makluman, penghijrahan pemain berusia 30 tahun ke skuad kendalian Nafuzi Zain ini hadir selepas membuat lima dan satu penampilan dalam saingan Liga Super dan Piala FA masing-masing bersama KL City.
Penghijrahannya itu juga bakal menyaksikan Partiban kembali bekerjasama dengan Nafuzi yang pernah berperanan sebagai penolong ketua jurulatih semasa bersama Terengganu FC.
Featured Image: AFC