Artikel

Terbuka Australia: Wei Chong-Kai Wun Kandas Awal Buat Kali Ketiga

Beregu lelaki No.3 tanah air, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini merekodkan tiga kekalahan awal secara berturut-turut dalam tiga kejohanan terakhir yang disertai mereka.

Terbaru, gandingan yang menghuni ranking ke-25 dunia ini tumpas kepada beregu Chinese Taipei, Chiang Chien-Wei dan Wu Hsuan-Yi pada Pusingan 32 di Terbuka Australia yang berlangsung pada hari ini.

Lebih mengejutkan, Wei Chong-Kai Wun tumpas kepada pasangan yang menduduki ranking ke-89 dunia itu secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 17-21 dalam tempoh masa setengah jam permainan.

Kekalahan itu sekaligus menyingkirkan mereka daripada saingan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.

Manakala, gandingan Chiang-Wu pula meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 dan akan membuat perhitungan dengan beregu No.1 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.

Untuk makluman semua, dalam dua kejohanan yang lalu, Wei Chong-Kai Wun terpaksa pula awal selepas tumpas kepada beregu Indonesia, Fajar-Rian dan  beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae di Terbuka Jepun dan Terbuka Korea masing-masing.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

komen